- kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia.
- Menteri bagi kementerian tersebut adalah Dato Seri Shabery Chek.
Sejarah
Sejarah
penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan
tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian
Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan.
Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin
berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut,
Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di
bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian
Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15
Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun
tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu
nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan
dibawah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian
Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali
kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Carta Organisasi
Menteri:YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:Y.B. Dato' Wee Jack Seng
Ketua Setiausaha:Y.Bhg.Dato' Mohid Bin Mohamed
Visi KBS
·
Ke arah
mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi
rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan
patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
·
Melahirkan
masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan
berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.
Misi KBS
Menyediakan
Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke
arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang,
khususnya bagi:-
·
Meningkatkan pembangunan generasi
muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
·
Pembangunan sukan untuk individu dan
masyarakat.
Objektif KBS
Objektif
KBS ialah: 1.Untuk membina
masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak
maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat,
cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Strategi KBS
Strategi
KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
1.
Memberi penekanan kepada perubahan
minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab,
dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang
diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
2.
Melengkapkan golongan belia dengan
pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya
mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia
Negara (IKBN);
3.
Meramaikan bilangan rakyat ke arah
peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan
kepada konsep Malaysia Cergas.
4.
Meningkatkan pencapaian sukan ke arah
kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
1.
Bahagian Pembangunan Kemahiran.
·
Memastikan 75% calon yang ditawarkan
melaporkan diri;
·
Memastikan kurang daripada 20%
borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
·
Memastikan lebih daripada 90%
pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
·
Memastikan lebih daripada 95%
pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil
pencapaian.
2.
Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.
·
Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua
kali setahun.
3.
Cawangan Latihan
·
Melaksanakan 90% program latihan
yang dirancang.
4.
Cawangan Kewangan.
·
Menilai prestasi pembekal dalam
tempoh dua kali setahun.
5.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
·
Menawarkan 20 kursus dalam tempoh
setahun setahun; dan
·
Memberi latihan kepada 100 peserta
dalam masa setahun.
6.
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
·
Memastikan 95% daripada pelatih
mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
1.Melengkapkan
belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat
keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal; 2.Memberi
penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab,
dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai
program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan
antarabangsa; 3.Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup
melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia
Cergas ”; dan 4.Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
No comments:
Post a Comment