Majlis Sukan Negara ( MSN )
Sejarah
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta
Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979).
Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk
Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya,
program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian
Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan
ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif
melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi
pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah
diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada
tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program
dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan
Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu
bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
VISI
Peneraju
sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf
dunia.
MISI
Memastikan
program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh,
sistematik dan berkesan di semua peringkat.
No comments:
Post a Comment