Wednesday, 9 January 2013

Haruskah Dato Lee Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh Negara untuk Olimpik 2016
Pada pendapat saya, saya menyokong bahawa Dato Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh negara untuk olimpik 2016. Mata Olimpik Dato Lee masih berkelayakan untuk mewakili negara kita untuk menyertai Sukan Olimpik. Menurut Badminton Ranking Dunia yang terbaru, Dato Lee Chong Wei masih jauh di depan.  Ini telah membuktikan bahawa Dato Lee masih berkemampuan mewalili negara kita untuk merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik. Status kesihatan beliau masih dikekalkan pada keadaan yang baik. Selain itu, memanglah tidak boleh dinafikan bahawa sebagai seorang atlet, beliau telah mencapai usia yang sepatutnya bersara. Tetapi sehinggalah hari ini, fenomena yang dapat kita lihatkan ialah masih tiada seorang pemain tempatan yang berkemampuan untuk mengambil alih tempat Dato Lee sebagai jaguh negara.



No comments:

Post a Comment